Pengenalan
Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPM )
Rancangan
pelajaran tahunan mengandungi secara ringkas tentang isi pengajaran dan juga pembelajaran
yang dibentuk berdasarkan sukatan pelajaran. Rancangan pelajaran tahunan juga
merangkumi rancangan sepanjang tahun yang akan diolah mengikut kesesuaian kelas
dan tahap pencapaian murid. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu ada di
dalam jadual sesebuah rancangan pelajaran tahunan iaitu tajuk yang akan
diperlajari murid , kemahiran yang digunakan oleh guru dan nilai-nilai yang
terdapat pada murid.
Rancangan Pengajaran Mingguan ( RPM )
Rancangan
pengajaran mingguan merupakan rancangan yang dibentuk berdasarkan rancangan
pengajaran tahunan yang diikuti oleh pembelajaran yang terdapat didalam sukatan
pelajaran pada rancangan pengajaran tahunan tersebut. Terdapat beberapa elemen
penting yang perlu ada di dalam sesebuah rancangan pelajaran mingguan iaitu
minggu pembelajaran , isi pelajaran yang diperlajari , kemahiran yang digunakan
, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dan bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru.
Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )
Rancangan
pengajaran harian merupakan suatu dokumen rasmi yang penting bagi seorang guru
yang perlu disediakan oleh mereka sebelum melaksanakan sesuatu pembelajaran di
sekolah. Rancangan pengajaran harian juga boleh didefinisikan sebagai penulisan
tentang kaedah pelaksanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran dimana ia mengandungi beberapa format-format yang telah
ditetapkan. Diantara format-format tersebut adalah tarikh , objektif
pembelajaran , masa , hasil pembelajaran
, kelas , pengertahuan sedia ada , bilangan murid , kemahiran berfikir ,
mata pelajaran , penerapan nilai , topik , dan sumber.
Terdapat beberapa kepetingan rancangan pengajaran harian
diantaranya :
1. merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti
agar menepati sukatan pengajaran yang telah ditetapkan
2. menggunakan masa pengajaran secara optimum
3. menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai
hasil pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendaki , menerapkan
nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang
4. persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi isi
pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
5. menyediakan strategi bahan bantu mengajar , kaedah dan teknik
pengajaran
6. mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar ,
tersusun dan sistematik
7. guru dapat meramal situasi dalam kelas dan membuat
persediaan mengatasi langkah-langkah
8. tingkatan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran
berlangsung
9. dapat memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas
pengajaran dengan mudah dan berkesan
10. melakukan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran secara
langsung atau tidak
No comments:
Post a Comment