Friday, August 3, 2018

rancangan pengajaran harian 3


Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru : Muhammad Izz Bin Samsuden
Mata Pelajaran : Ibadat
Kelas : 4 Hanafi
Tarikh : 4.5.2018
Masa : 3.00 – 3.30 Petang
Bilangan : 20 Orang
Tajuk : Tayamum
Kemahiran : Membaca,mendengar,melihat
Kaedah :
1. Murid pernah menyaksikan kaedah untuk bertayamum
2. Murid mengetahui waktu untuk bertayamum
3. Murid berlajar tentang tayamum pada minggu lepas
Hasil pembelajaran :
1. Murid dapat menyebut bacaan niat bertayamum dengan betul
2. Murid dapat membaca pengertian tayamum dari segi bahasa dan syarak dengan baik
3. Murid dapat melakukan rukun-rukun bertayamum dengan tepat
Kemahiran Berfikir :
Soal jawab , merumus , mengkategorikan
Nilai :
Khusus, berdisiplin,taat,patuh



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan (2minit)
Bacaan doa
Guru membaca doa dan murid mengaminkannya
Set Induksi (4minit)
1. Apakah video yang ditayangkan ini?
2. Video : tayamum
1. Guru menayangkan video tayamum
2. Guru bertanya tentang video yang ditayangkan
3. Guru memberi tahu kepada murid tentang pelajaran yang akan diajar pada hari ini.
BBM :
Pemancar cahaya, computer riba

Aktiviti :
Menulis tarikh dan hari
Langkah 1 (4minit)
Pengertian tayamum.
- Bahasa : sengaja
- Syarak : menyapukan debu tanah pada anggota tayamum iaitu muka dan dua tapak tangan sehingga ke siku dengan syarat yang tertentu sebagai ruhsah atau keringan dang anti daripada mengambil wuduk atau mandi wajib.
- Guru menjelaskan pengertian tayamum dari segi bahasa dan syarak
- Murid-murid menyebut semula pengertian tayamum dari segi bahasa dan syarak berama-sama
BBM :
Kad manila

Teknik :
Membaca

Nilai : Berusaha
Langkah 2 (5minit)
Syarat sah tayamum:
- Keuzuran dengan sebab musafir atau sakit
- Untuk mengharuskan solat
- Gagal mendapatkan air
- Bekalan air terhad
- Menggunakan debu tanah yang suci
- Guru menjelaskan tentang syarat-syarat sah tayamum
- Murid-murid menyebut semula syarat-syarat sah tayamum bersama-sama
- Guru meminta beberapa orang murid untuk berdiri dan membaca syarat-syarat sah tayamum yang berada didepan.
BBM :
Kad manila

Teknik :
Membaca

Nilai :
taat
Langkah 3 (5minit)
Rukun melakukan tayamum:

- menepuk kedua-dua tangan di atas debu yang suci sambil membaca lafaz niat tayamum
- menyapu debu secara menyeluruh kebahagian muka serta berniat sebaik sahaja mula menyapu kemuka
- menyapu sekali lagi kedua-dua tapak tangan keatas debu tanah ditempat yang lain
- menyapu tangan kanan sehingga kesiku
- menyapu tangan kiri sehingga kesiku
- membaca doa selepas tayamum
- guru menjelaskan tentang rukun-rukun melakukan tayamum secara tertib

- Murid diminta untuk mengikut setiap perlakuan guru yang sedang menunjukkan rukun-rukun melakukan tayamum secara tertib
BBM :
Kad manila

Teknik :
Dimonstrasi

Nilai :
Taat , berusaha
Langkah 4 (8minit)
Permainan
- padanan gambar yang berkaitan dengan syarat-syarat sah tayamum
- 8 gambar yang disediakan diberikan kepada murid yang dipilih secara suka rela
- bermula dengan murid-murid yang mendapat gambar 1 , mereka disuruh untuk memadankan gambar pada jawapan yang betul
- dan nombor-nombor seterusnya diikuti oleh arahan yang sama
- seterusnya murid-murid diminta untuk menyebut semula tentang syarat-syarat sah tayamum yang berada dihadapan.
BBM :
Kad manila , gambar

Teknik :
Permainan

Nilai :
Fokos , berdisiplin , bersungguh-sungguh
Penutup (2minit)
Guru merumuskan tentang pelajaran tayamum
Guru merumuskan dengan bertanyakan kepada murid-murid tentang topik yang diperlajari.


Catatan Ringkasan :
Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana ada segelintir murid yang tidak tumpukan perhatian jadi mereka kurang memahami tentang pengertian, syarat-syarat sah dan rukun tayamum.  Tetapi dari aspek keseluruhan saya amat berpuas hati dan akan menambahbaik diri dari semasa ke semasa

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :

Disediakan Oleh :


No comments:

Post a Comment