Friday, August 3, 2018

rancangan pengajaran harian 2


Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru : Muhammad Izz Bin Samsuden

Mata Pelajaran : Ibadat

Kelas : 4 Hanafi

Tarikh : 27.4.2018

Masa : 3.00 – 3.30 Petang

Bilangan : 20 Orang

Tajuk : Aurat

Kemahiran : membaca ,mendengar,melihat

Kaedah : pandangan dan soal jawab

Pengertian sedia ada :

1. Murid mengetahui tujuan disyariatkan menutup aurat
2. Murid mengetahui panduan mengenai aurat
3. Murid berlajar tentang bahaya mendedahkan aurat

Hasil pembelajaran :
1. Murid dapat memberikan tujuan disyariatkan menutup aurat  dengan betul
2. Murid dapat menyatakan panduan mengenai aurat
3. Murid dapat menyebut bahaya mendedahkan aurat

Kemahiran Berfikir :
Soal jawab , merumus , mengkategorikan

Penerapan Nilai :
Khusus,  berdisiplin, taat, patuh



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan (2minit)
Bacaan doa
Guru membaca doa dan murid mengaminkannya
Set Induksi (4minit)
1. Apakah lagu yang didengari tadi?
2. lagu : menutup aurat
1. Guru memperdengarkan sebuah lagu yang bertajuk ‘mari menutup aurat’ kepada murid.
2. Guru bertanya tentang lagu yang diperdengarkan.
3. Guru memberi tahu kepada murid tentang pelajaran yang akan diajar pada hari ini.
BBM :
radio

Aktiviti :
Menulis tarikh dan hari
Langkah 1 (4minit)
Pengertian aurat.
- Bahasa : keaiban
- Syarak : bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutup dari pandangan sama ada ketika solat atau diluar solat.
- Guru menjelaskan pengertian aurat dari segi bahasa dan syarak
- murid-murid menyebut semula pengertian aurat dari segi bahasa dan syarak
BBM :
Kad manila

Teknik :
Membaca

Nilai :
berusaha
Langkah 2 (5minit)
Tujuan disyariatkan menutup aurat :
- melaksanakan syariat Allah
- lambang pakaian orang yang bertakwa
- menjadikan golongan orang yang beriman sentiasa taat
- untuk membezakan pakaian orang islam dengan orang kafir.
-Guru menjelaskan tentang tujuan disyariatkan menutup aurat
-murid-murid menyebut semula tujuan disyariatkan menutup aurat bersama-sama
BBM :
Kad manila , gambar

Teknik :
Membaca

Nilai :
Taat
Langkah 3 (5minit)
Panduan mengenai aurat :
Aurat lelaki
1. antara pusat hingga lutut
2. seluruh badannya ketika dihadapan perempuan yang ajnabi
3. kubul dan dubul ketika ia bersendiri

Aurat perempuan
1. seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan depan dan belakang hingga pergelangan tangan ketika menunaikan solat
2. seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi
3.  dari pusat hingga lutut
4. aurat dihadapan perempuan kafir ialah seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika bercakap
- guru menjelaskan tentang panduan mengenai aurat .
BBM :
Pemancar cahaya, computer riba

Teknik :
syarahan

Nilai :
Taat, khusyuk
Langkah 4 (8minit)
Permainan
- kotak beracun yang mengandungi jawapan kepada soalan bahaya mendedahkan aurat
- guru menyediakan sebuah kotak yang berisi jawapan kepada soalan bahaya mendedahkan aurat.
- guru memainkan lagu ‘mari menutup aurat’ seperti mana yang diperdengarkan pada awal pembelajaran bermula sambil meminta murid mengerakkan kotak beracun tersebut.
- apabila kotak beracun berkenaan berhenti dihadapan seseorang murid maka murid tersebut diminta membacakan jawapan yang dipilih.
BBM :
Radio , kotak berucun

Teknik :
Permainan

Nilai :
Berdisplin , berkejasama , bersungguh-sungguh
Penutup (2minit)
Guru merumuskan tentang pelajaran najis
Guru merumuskan dengan bertanyakan kepada murid-murid tentang topik yang diperlajari.
Nilai :
Bersungguh-sungguh




Catatan Ringkasan :

Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana ada segelintir murid yang tidak tumpukan perhatian jadi mereka kurang memahami tentang pengertian , tujuan dan panduan menutup aurat.  Tetapi dari aspek keseluruhan saya amat berpuas hati dan akan menambahbaik diri dari semasa ke semasa

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :


Disediakan Oleh :




No comments:

Post a Comment