Friday, August 3, 2018

penghargaan


Penghargaan

                        Assalamualaikum wbt , bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat untuk saya Muhammad Izz Bin Samsuden yang memegang no kad matrik KID 160504240 untuk menyiapkan blog yang membincangkan mengenai dengan subjek mata pelajaran kaedah pengajaran pendidikan Islam ini.

                        Saya ingin mengucap setinggi-tinggi terima kasih terutamanya kepada pensyarah saya untuk subjek ini iaitu Puan Hajah Maleha Binti Lauto kerana telah memberikan tunjuk ajar yang secukupnya mengenai dengan subjek yang diperlajarai ini. Tanpa bimbingan ilmu yang dibekalkan oleh beliau maka akan menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Penghargaan ini juga ingin saya berikan kepada beliau kerana sudi meringankan beban kami untuk melaksanakan tugasan ini dalam bentuk blog malah tugasan ini juga mampu untuk dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak pada masa yang akan datang. Puan Hajah Maleha bukan sahaja pensyarah yang memberikan tunjuk ajar yang cukup sempurna malah beliau juga sering memberi kata-kata semangat dan sering melafazkan doa bagi mengiringi kejayaan kami semua.

                        Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut membantu saya bagi menyempurnakan tugasan ini. Saya mendoakan agar Allah SWT akan membalas segala kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya bagi mereka yang telah sudi membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment