Friday, August 3, 2018

rancangan pengajaran harian 4


Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru : Muhammad Izz Bin Samsuden

Mata Pelajaran : Ibadat

Kelas : 4 Hanafi

Tarikh : 11.5.2018

Masa : 3.00 – 3.30 Petang

Bilangan : 20 Orang

Tajuk : Solat Fardu

Kemahiran : membaca , mendengar , melihat

Kaedah : pandangan dan soal jawab

Pengertian sedia ada :

1. Murid pernah melaksanakan rukun-rukun solat
2. Murid mengetahui perkara-perkara yang makruh ketika solat
3. Murid berlajar tentang waktu-waktu yang dilarang solat pada minggu lepas

Hasil pembelajaran :
1. Murid dapat memberikan jenis-jenis sunat solat dengan betul
2. Murid dapat menyatakan perkara-perkara ynag makruh ketika solat
3. Murid dapat menyebut hukum meninggalkan solat

Kemahiran Berfikir :
Soal jawab , merumus , mengkategorikan

Penerapan Nilai :
Khusus,  berdisiplin, taat, patuh



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan (2minit)
Bacaan doa
Guru membaca doa dan murid mengaminkannya
Set Induksi (4minit)
1. Apakah video yang ditunjukkan ini?
2. video : orang yang sedang solat berjemaah
1. Guru menayangkan video tentang orang yang sedang solat.
2. Guru bertanya tentang video yang ditayangkan.
3. Guru memberi tahu kepada murid tentang pelajaran yang akan diajar pada hari ini.
BBM :
Pemancar cahaya, computer riba

Aktiviti :
Menulis tarikh dan hari
Langkah 1 (4minit)
Pengertian solat.
- Bahasa : doa
- Syarak : beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbirratulehram yang dengannya kita beribadat kepada Allah SWT menurut syarat dan rukun yang tertentu diakhiri dengan salam.
- Guru menjelaskan pengertian solat dari segi bahasa dan syarak
- murid-murid menyebut semula pengertian solat dari segi bahasa dan syarak
BBM :
Kad manila

Teknik :
Membaca

Nilai :
berusaha
Langkah 2 (5minit)
Jenis-jenis sunat solat:
- sunat ab’ad
- sunat hai’at
-Guru menjelaskan tentang jenis-jenis sunat solat
-murid-murid menyebut semula jenis-jenis sunat solat bersama-sama
-guru meminta beberapa orang murid untuk berdiri dan membezakan jenis-jenis sunat solat.
BBM :
Kad manila , gambar

Teknik :
Membaca

Nilai :
Taat
Langkah 3 (5minit)
Perkara-perkara yang makruh ketika solat :
1. bercekak pinggang
2. melihat kekanan , kekiri , kebelakang atau keatas
3. memberi isyarat dengan tangan
4. meludah dan membuka mulut dengan lebar ketika menguap
5. membiarkan rambut dan pakaian kusut dan tidak teratur.
6. menyapu tempat sujud
7. menahan lapar dan membuang air
8. rukuk melebihi had yang disunatkan
- guru menerangkan tentang perkara-perkara yang makruh ketika solat
BBM :
Pemancar cahaya, computer riba

Teknik :
syarahan

Nilai :
Taat, khusyuk
Langkah 4 (8minit)
Permainan
- kotak beracun yang mengandungi jawapan akibat-akibat meninggalkan solat
- guru menyediakan sebuah kotak yang berisi jawapan kepada soalan akibat-akibat meninggalkan solat.
- guru memainkan lagu ‘mari solat’ sambil meminta murid mengerakkan kotak beracun tersebut.
- apabila kotak beracun berkenaan berhenti dihadapan seseorang murid maka murid tersebut diminta membacakan jawapan yang dipilih.
BBM :
Radio , kotak berucun

Teknik :
Permainan

Nilai :
Berdisplin , berkejasama , bersungguh-sungguh
Penutup (2minit)
Guru merumuskan tentang pelajaran najis
Guru merumuskan dengan bertanyakan kepada murid-murid tentang topik yang diperlajari.
Nilai :
Bersungguh-sungguh



Catatan Ringkasan :

Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana ada segelintir murid yang tidak tumpukan perhatian jadi mereka kurang memahami tentang pengertian , sunat , perkara yang makruh ketika solat.  Tetapi dari aspek keseluruhan saya amat berpuas hati dan akan menambahbaik diri dari semasa ke semasa

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :


Disediakan Oleh :




No comments:

Post a Comment