Friday, August 3, 2018

rancangan pengajaran harian 1


Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru : Muhammad Izz Bin Samsuden

Mata Pelajaran : Ibadat

Kelas : 4 Hanafi

Tarikh : 20.4.2018

Masa : 3.00 – 3.30 Petang

Bilangan : 20 Orang

Tajuk : Najis

Kemahiran : membaca ,mendengar,melihat

Kaedah : pandangan dan soal jawab

Pengertian sedia ada :
1. Murid pernah menyaksikan jenis-jenis najis
2. Murid mengetahui jenis-jenis najis yang dimaafkan
3. Murid berlajar tentang najis pada minggu lepas



Hasil pembelajaran :
1. Murid dapat memberikan perbezaan jenis-jenis najis dengan betul
2. Murid dapat menyatakan jenis-jenis najis yang dimaafkan
3. Murid dapat menyebut jenis-jenis najis yang menjadi suci

Kemahiran Berfikir :
Soal jawab , merumus , mengkategorikan

Penerapan Nilai :
Khusus,  berdisiplin, taat, patuh



Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan (2minit)
Bacaan doa
Guru membaca doa dan murid mengaminkannya
Set Induksi (4minit)
1. Apakah gambar yang ditunjukkan ini?
2. Gambar : najis
1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar najis
2. Guru bertanya tentang gambar yang ditunjukkan
3. Guru memberi tahu kepada murid tentang pelajaran yang akan diajar pada hari ini.
BBM :
Gambar

Aktiviti :
Menulis tarikh dan hari
Langkah 1 (4minit)
Pengertian najis.
- Bahasa : sesuatu yang kotor
- Syarak : sesuatu kotoran yang tidak sah ibadat seperti solat dengan sebab adanya pada badan,pakaian atau tempat solat.
- Guru menjelaskan pengertian najis dari segi bahasa dan syarak
- murid-murid menyebut semula pengertian najis dari segi bahasa dan syarak
BBM :
Kad manila

Teknik :
Membaca

Nilai :
berusaha
Langkah 2 (5minit)
Jenis-jenis najis :
- najis murollazoh
- najis mutawasita
- najis muhaffafa
-Guru menjelaskan tentang jenis-jenis najis
-murid-murid menyebut semula jenis-jenis najis bersama-sama
-guru meminta beberapa orang murid untuk berdiri dan membezakan jenis-jenis najis yang berada di depan
BBM :
Kad manila , gambar

Teknik :
Membaca

Nilai :
Taat
Langkah 3 (5minit)
Najis-najis yang dimaafkan :
1. bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya apabila dibelah ketika hidup
2. sedikit darah , nanah , muntah dan sebagainya
3. Najis yang tidak kelihatan pada mata kasar seperti najis yang terdapat pada kaki lalat, nyamuk dan sebaginya.
- guru menjelaskan tentang najis-najis yang dimaafkan.
BBM :
Pemancar cahaya, computer riba

Teknik :
syarahan

Nilai :
Taat, khusyuk
Langkah 4 (8minit)
Permainan
- kotak peralatan yang berasal daripada najis yang dimaafkan
- guru menyediakan 2 buah kotak yang berasingan iaitu kotak untuk peralatan yang berasal daripada :
1. kulit bangkai binatang yang telah disamak.  dan
2. kulit bangkai binatang yang tidak halal dimakan selain anjing dan khinzir
- guru menerangkan tentang jenis-jenis najis yang menjadi suci
- murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
- setiap kumpulan diwakili oleh seorang ketua dan ketua tersebut dimintak untuk memilih 2 peralatan yang berada di hadapan.
- diantara peralatan yang berada di hadapan adalah 2 buah bag , 2 pasang kasut , 2 buah jam , 2 buah tali pinggang dan 2 helai baju sejuk.
- ketua setiap kumpulan akan berbincang dengan ahli kumpulan dan seterusnya memasukkan peralatan yang dipilih ke dalam kotak yang betul sebagai pemilihan jawapan yang dibuat.
BBM :
- 2 buah kotak
- 2 buah bag
- 2 pasang kasut
- 2 buah jam
- 2 buah tali pinggang
- 2 helai baju sejuk

Teknik :
Permainan

Nilai :
Berdisplin , berkejasama , bersungguh-sungguh
Penutup (2minit)
Guru merumuskan tentang pelajaran najis
Guru merumuskan dengan bertanyakan kepada murid-murid tentang topik yang diperlajari.
Nilai :
Bersungguh-sungguh




Catatan Ringkasan :

Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana ada segelintir murid yang tidak tumpukan perhatian jadi mereka kurang memahami tentang pengertian, jenis-jenis najis, najis-najis yang dimaafkan seta najis-najis menjadi suci.  Tetapi dari aspek keseluruhan saya amat berpuas hati dan akan menambahbaik diri dari semasa ke semasa

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :


Disediakan Oleh :



No comments:

Post a Comment