Friday, August 3, 2018

rancangan pengajaran harian 10


Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru : Muhammad Izz Bin Samsuden
Mata Pelajaran : Ibadat
Kelas : 4 Hanafi
Tarikh : 29.6.2018
Masa : 3.00 – 3.30 Petang
Bilangan : 20 Orang
Tajuk : solat sunat Hari Raya
Kemahiran : membaca , mendengar , melihat
Kaedah : pandangan dan soal jawab
Pengertian sedia ada :
1. Murid pernah menunaikan solat sunat Hari Raya
2. Murid mengetahui hukum menunaikan solat sunat Hari Raya
3. Murid berlajar tentang tujuan melakukan solat sunat Hari Raya pada minggu lepas
Hasil pembelajaran :
1. Murid dapat menyatakan pengertian solat sunat Hari Raya dengan betul
2. Murid dapat menyebut hukum melaksanakan solat sunat Hari Raya
3. Murid dapat menyebut tujuan melaksanakan solat sunat Hari Raya
Kemahiran Berfikir :
Soal jawab , merumus , mengkategorikan
Penerapan Nilai :
Khusus,  berdisiplin, taat, patuh


Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan (2minit)
Bacaan doa
Guru membaca doa dan murid mengaminkannya
Set Induksi (4minit)
1. Apakah video yang ditayangkan tadi ?
2. video : solat sunat Hari Raya
1. Guru menayangkan video jemaah sedang menunaikan ibadah solat sunat Hari Raya kepada murid.
2. Guru bertanya tentang video yang ditayangkan.
3. Guru memberi tahu kepada murid tentang pelajaran yang akan diajar pada hari ini.
BBM :
Pemancar cahaya , komputer riba

Aktiviti :
Menulis tarikh dan hari
Langkah 1 (4minit)
Pengertian solat sunat Hari Raya :
Solat sunat yang dilakukan pada 2 hari raya iaitu solat sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha
- Guru menjelaskan pengertian solat sunat Hari Raya kepada murid
- murid-murid menyebut semula pengertian solat sunat Hari Raya bersama-sama.
BBM :
Kad manila

Teknik :
Membaca

Nilai :
berusaha
Langkah 2 (5minit)
Hukum melakukan solat sunat Hari Raya
1. sunat muakad
2. disunatkan kepada semua umat islam
-Guru menjelaskan tentang hukum melakukan solat sunat Hari Raya
-murid-murid menyebut semula hukum melaksanakan solat sunat Hari Raya bersama-sama.
BBM :
Kad manila , gambar

Teknik :
Membaca

Nilai :
Taat
Langkah 3 (5minit)
Kelebihan solat sunat Hari Raya :
1.  dapat melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah
2. sebagai satu cara pengisian menyambut hari raya
3. untuk menzahirkan rasa kegembiraan
4. dapat menegakkan syiar Islam

- guru menjelaskan tentang kelebihan solat sunat Hari Raya kepada murid-murid.
BBM :
Pemancar cahaya, computer riba

Teknik :
syarahan

Nilai :
Taat, khusyuk
Langkah 4 (8minit)
Permainan kotak beracun yang mengandungi soalan berkenaan hukum melakukan solat sunat Hari Raya
- guru mengisi beberapa soalan di dalam sebuah kotak.
- kotak beracun tersebut akan bergerak mengikut lagu yang dimainkan
- murid yang didapati berhenti kotak beracun dihadapannya dikehendaki menjawab soalan yang berada di dalam kotak beracun tersebut.
BBM :
Radio , kotak

Teknik :
Permainan

Nilai :
Berdisplin , berkejasama, bersungguh-sungguh
Penutup (2minit)
Guru merumuskan tentang pelajaran solat sunat Hari Raya
Guru merumuskan dengan bertanyakan kepada murid-murid tentang topik yang diperlajari.
Nilai :
Bersungguh-sungguh



Catatan Ringkasan :

Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran hari ini sangat menyeronokan kerana pada pandangan saya semua murid memberi perhatian penuh sepanjang pembelajaran tadi walaupun terdapat sedikit kepincangan dimana ada segelintir murid yang tidak tumpukan perhatian jadi mereka kurang memahami tentang pengertian, hukum dan kelebihan solat sunat Hari Raya.  Tetapi dari aspek keseluruhan saya amat berpuas hati dan akan menambahbaik diri dari semasa ke semasa

Ulasan Pensyarah Guru Pembimbing :


Disediakan Oleh :









No comments:

Post a Comment